fbpx

Polis siasat kes wanita bertengkar dengan suami orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A. Asmadi.

PUTRAJAYA – Polis telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan cedera berhubung pertengkaran dan pergelutan antara seorang wanita dan bekas teman lelakinya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya mengesan satu kiriman di laman Instagram kira-kira pukul 5 petang semalam, dengan pemilik akaun berkaitan mendakwa pihak polis tidak mengambil tindakan berkaitan kes pukul seorang wanita.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu pada 27 Mac menyatakan berlaku pertengkaran dan pergelutan di antara wanita itu dan bekas teman lelakinya yang telah beristeri.

“Puncanya ialah apabila bekas teman lelaki telah insaf dan ingin bersama keluarga yang menyebabkan keputusan ini sukar diterima oleh pengadu.

“Kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan cedera,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, siasatan lanjut diteruskan dengan mengambil keterangan saksi-saksi yang terlibat dan mendapatkan laporan perubatan untuk melengkapkan siasatan.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI