fbpx
Ismail Sabri mengucapkan Selamat Hari Kesihatan Sedunia 2022 di Faccebooknya hari ini.

PM seru rakyat jaga kesihatan diri dan planet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru rakyat untuk memastikan kesihatan diri dan planet terus terjaga demi kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang.

Beliau berkata demikian bersempena Hari Kesihatan Sedunia 2022 yang disambut hari ini.

“Sayangilah bumi. Bumi anugerah buat kita. Planet yang sihat menyumbang ke arah udara, air dan makanan yang bersih. Mari kita memastikan kesihatan manusia dan kesihatan planet terus terjaga demi kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang.

“Diri dan kualiti alam sekitar adalah penentu utama kesihatan kita. Planet Kita, Kesihatan Kita! Selamat Hari Kesihatan Sedunia 2022,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.

Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun.

Pada tahun ini, Hari Kesihatan Sedunia 2022 disambut dengan tema ‘Planet Kita, Kesihatan Kita’.-KOSMO! ONLINE

POPULAR