fbpx

Malaysia tumbang di tangan India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Malaysia, Siti Zulaikha Hussin (depan) melarikan bola daripada dirampas pemain India pada aksi Piala Dunia Hoki Remaja Wanita di Stadium NWU sebentar tadi. - FIH

KUALA LUMPUR – Malaysia terpaksa akur menamatkan aksi Kumpulan D kempen Piala Dunia Hoki Remaja Wanita tanpa merekodkan sebarang kemenangan.

Ia selepas skuad hoki projek khas wanita negara tewas 0-4 kepada India pada aksi terakhir Kumpulan D di Stadium NWU di Potchefstroom, Afrika Selatan sebentar tadi.

Empat gol India dalam perlawanan itu kesemuanya diperoleh menerusi jaringan padang hasil ledakan hatrik Mumtaz Khan pada minit ke-10, 26 dan 59 selain satu daripada Sangita Kumari (m-11).

Keputusan tersebut menyaksikan skuad bimbingan Nasihin Nubli Ibrahim menamatkan saingan Kumpulan D dengan satu seri (3-3 menentang Wales) dan dua kekalahan selepas terdahulu tewas 0-10 kepada Jerman sewaktu aksi pembukaan.

Selepas ini, skuad negara akan meneruskan saingan dengan bermain aksi crossover sama ada menentang Austria atau Uruguay pada Khamis ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI