fbpx

KKM alu-alukan kajian ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengalu-alukan kajian klinikal terhadap penggunaan CBD atau ‘cannabidiol’ (antara kandungan aktif dalam pokok kanabis) bagi tujuan perubatan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan Twitter berkata, kajian klinikal tersebut boleh diselaraskan dengan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) dan Clinical Research Malaysia (CRM).

“Banyak perbincangan mengenai penggunaan ganja dalam perubatan. KKM konsisten mengamalkan dasar berasaskan bukti.

“Sebab itu kita mengalu-alukan kajian klinikal berhubung penggunaan CBD untuk tujuan perubatan. Perkara ini boleh diselaraskan dengan ICR dan CRM,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, buat masa ini, tiada sebarang penyerahan untuk kajian klinikal mahupun percubaan sebaliknya, ia lebih kepada perbincangan dan advokasi media sosial.

“KKM mengalu-alukan pihak industri atau ahli akademik bagi menjalankan penyelidikan penggunaan CBD untuk perubatan. Kita sedia bekerjasama,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI