fbpx

Gagal seludup 30 ekor burung baji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua buah sangkar yang digunakan untuk menyeludup 30 ekor burung baji dirampas di pangkalan haram Kuala Jambu, Tumpat kelmarin. -Foto IHSAN PGA

TUMPAT – Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup 30 ekor burung baji dengan menggunakan dua buah sangkar gagal apabila kegiatannya di pangkalan haram Kuala Jambu itu dihidu anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) kelmarin.

Bagaimanapun, penyeludup itu sempat menaiki perahu sebelum melarikan diri ke negara jiran semasa anggota PGA menjalankan serbuan di kawasan berkenaan kira-kira pukul 8 pagi.

Pegawai Pemerintah Medan PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, sebelum serbuan, anggota PGA melihat seorang lelaki turun dari perahu dengan membawa dua buah sangkar burung semasa menjalankan rondaan rutin di pangkalan haram itu.

Menurutnya, menyedari kehadiran anggota PGA, suspek bertindak meninggalkan sangkar burung itu sebelum menaiki perahu ke arah negara jiran.

“Pemeriksaan di lokasi itu telah menjumpai dua buah sangkar burung dengan setiap satunya diisi sebanyak 15 ekor burung baji yang dianggarkan bernilai RM1,200.

“Burung-burung baji itu dibawa ke Kompeni Taktikal PGA, Kuala Jambu di sini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Azhari, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI