fbpx

byLR sediakan 10,000 pakaian wanita untuk hari raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEPALA BATAS – Jenama pakaian wanita mampu milik, by LR oleh syarikat bumiputera,  Iwan Industry Factory Sdn. Bhd. mengunjurkan perolehan jualan sehingga RM12 juta pada tahun ini.

Pengasas syarikat, Raudhah Che Wan berkata, nilai sasaran tersebut mampu dicapai memandangkan koleksi pakaian yang ditawarkan kepada kumpulan sasaran dijual pada harga berpatutan selain kualiti fabrik dan coraknya yang mampu memenuhi permintaan pasaran.

Menurut beliau, dengan rangkaian koleksi pakaian pada harga serendah RM69 sehingga RM129 sehelai untuk dipadankan oleh pelanggan dari usia 18 tahun ke atas itu membolehkan jenama byLR terus mendapat perhatian baik di pasaran seluruh negara.

“Sebanyak 10,000 helai pakaian dijangka habis terjual dalam bulan Ramadan kali ini dengan nilai jualannya adalah sebanyak RM1 juta.

“Koleksi baharu ini juga adalah untuk memenuhi permintaan umat Islam membuat persiapan menyambut Syawal tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Raudhah menerangkan, syarikat mahu memperbanyakkan koleksi pakaian untuk wanita seperti baju kurung daripada kain kapas premium dan yang bercorak ala songket pada harga berpatutan.

“Kami berharap agar semua golongan wanita boleh bergaya cantik tanpa mengeluarkan bajet yang besar. 

“Ia juga bersesuaian untuk digayakan oleh pekerja kerajaan,  swasta hingga ke sektor korporat dan juga pelajar kolej mahupun universiti untuk terus  bergaya tanpa  berfikir panjang memikirkan nilai harganya,” katanya.

Selain itu, Raudhah menerangkan, prihatin dengan nasib masyarakat yang terkesan dengan pandemik dan mahu menambah pendapatan bulanan, syarikat menawarkan peluang perniagaan berpotensi menjadi dropship untuk membantu meluaskan lagi rangkaian pengedarannya.

 “Pada masa sekarang, kami turut menjual koleksi terdahulu pada harga diskaun 30 peratus manakala pihaknya juga bakal mengedarkan 10,000 tudung percuma dan baucar RM10 kepada mereka yang berminat,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI