fbpx

Sungai Klang jadi sumber air kepada penduduk Klang 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zatashah (empat kanan), Izham (tiga kanan) dan Boyan (empat kiri) memegang plakad #SayNo2Plastic di Taman Pengkalan Batu, hari ini. /FOTO ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Sungai Klang akan menjadi sumber bekalan air terawat kepada penduduk Klang pada tahun 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian serta Industri Asas Tani negeri, Ir. Izham Hashim berkata, proses rawatan air dari Sungai Klang itu akan dilakukan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasau.

Katanya, Klang antara lokaliti paling terkesan sekiranya berlaku gangguan bekalan air susulan tidak mempunyai sumber utama.

“Dahulu, kualiti air pada kelas 4 dan 5 namun sekarang makin bagus dengan 48 peratus dari Sungai Klang berada di kelas 3 dan ke atas (2 dan 1).

“Jadi, kita hendak sasar sehingga 70 peratus lagi Sungai Klang ini menjadi kelas ketiga,” katanya kepada pemberita selepas program melawat Interceptor 005 The Ocean Cleanup di Taman Pengkalan Batu, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengasas Kempen #SayNo2Plastic Malaysia, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Ketua Pegawai Eksekutif The Ocean Cleanup, Boyan Slat.

Beliau memberitahu, LRA Sungai Rasau mampu membekalkan air terawat masing-masing 700 juta liter sehari bagi dua fasa LRA berkenan. -KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI