fbpx

Evie Khadeeja nama pilihan Harris, Intan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS dua bulan, Intan dan Harris akhirnya mendedahkan wajah dan nama anak sulung mereka.

PETALING JAYA – Selepas dua bulan, pasangan selebriti, Harris Alif dan Intan Ladyana akhirnya memilih 1 Ramadan (semalam) untuk mendedahkan nama dan wajah bayi mereka buat pertama kepada umum.

Mereka memilih tarikh istimewa 1 Ramadan yang juga serentak pengumuman nama si kecil, Evie Khadeeja.

“Salam Ramadan dari kami, Harris, Intan dan ‘baby’ Evie Khadeeja,” itu coretan Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 39, menerusi Instagram, semalam.

Disertakan gambar mereka bertiga mengenakan persalinan serba putih, wajah comel permata hati yang dilahirkan pada 31 Januari lalu nyata mencuri perhatian ramai.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut bintang Adnan Sempit itu menyukai nama pilihan mereka yang membawa makna pemimpin wanita selain memuji kecomelan bayinya.

Intan dan suaminya yang juga penyanyi merangkap pengacara mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2020 selepas kira-kira setahun menjalin perhubungan serius.

Percintaan mereka menjadi sorotan ramai berikutan perbezaan usia dengan jarak 17 tahun memandangkan ketika berkahwin Haris baru mencecah 21 tahun.

Ketika dalam fasa kehamilan, Intan dan Harris juga pernah positif Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI