fbpx

Menteri dedah komplot bunuh PM Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERDANA Menteri Pakistan, Imran Khan. - Emin Sansar / Agensi Anadolu / Getty Images

ISLAMABAD – Menteri Maklumat Fawad Chaudhry menyatakan kelmarin bahawa agensi keselamatan Islamabad melaporkan mengenai komplot untuk membunuh Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, demikian menurut laman berita RT. 

“Susulan laporan ini, kawalan keselamatan Perdana Menteri telah dipertingkatkan,” kata Fawad seperti yang dipetik oleh media tempatan, Dawn. 

Kenyataan serupa dikeluarkan awal minggu ini oleh Faisal Vawda yang merupakan pemimpin parti pemerintah, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI). Beliau berkata, terdapat konspirasi untuk membunuh Imran kerana enggan ‘menjual negara’.

Faisal mendakwa bahawa Imran berulang kali diberitahu bahawa kaca kalis peluru perlu dipasang di hadapan pentas ucapannya semasa satu perhimpunan pada 27 Mac lalu di Islamabad tetapi beliau menolak.

“Seperti biasa, beliau memberitahu, kematian saya akan berlaku dengan izin Allah. Jangan bimbang mengenainya,” kata Faisal.

Kebimbangan mengenai komplot itu muncul selepas Imran mendakwa bahawa sebuah negara luar yang beliau cuba untuk tidak namakan, telah menghantar mesej meminta beliau ‘disingkirkan’ atau Pakistan akan menerima padah.

 “Amerika telah – oh, bukan Amerika tetapi sebuah negara luar yang saya tidak boleh namakannya. Maksud saya, kami menerima mesej dari sebuah negara luar,” katanya dalam ucapan yang disiarkan oleh televisyen Pakistan pada Khamis lalu.

Menurut, Imran memo ancaman itu dihantar dalam usaha untuk campurtangan dalam hal ehwal politik Pakistan. 

Imran sebelum ini enggan tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat supaya mengecam Rusia kerana menceroboh Ukraine dengan alasan kecaman seperti itu  tidak menguntungkan Islamabad. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI