fbpx

Leher lelaki tembus ditusuk ikan jarum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pelancong di Thailand dikejarkan ke hospital setelah ditusuk seekor ikan jarum pada lehernya. - Pertubuhan Pentadbiran Mukim Bang Pid/ Getty

BANGKOK – Seorang pelancong mengalami kecederaan selepas seekor ikan jarum me­nusuk lehernya ketika dia be­renang di sebuah pantai popular di Thailand Khamis lalu, lapor laman berita Thaiger.

Petugas-petugas penyelamat pantai memberikan pertolongan cemas kepada lelaki itu, namun berhati-hati untuk tidak mencabut ikan jarum daripada leher mangsa. 

Kejadian berlaku di Pantai Ao Tan Khi, wilayah Trat di timur Thailand. Mangsa dibawa ke hospital berdekatan sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan). 

Pegawai tempatan kemudian memberi amaran kepada perenang supaya berhati-hati dengan ikan jarum.

Ikan jarum ditemui di perairan yang cetek. Ia mempunyai badan memanjang dan rahang runcing. Rupa ikan itu menyerupai spesies todak. 

Ia boleh hidup di air masin dan air tawar serta boleh berenang selaju 60 kilometer sejam. Ikan jarum juga gemar melompat dari permukaan air.

Ikan jarum jarang me­nyerang manusia, namun serangannya boleh membawa maut.

Pada 2018, seorang anggota marin Thailand mati ditusuk ikan jarum pada lehernya semasa menjalani latihan tentera, juga di wilayah Trat. 

Pada 2020 di Indonesia, seorang budak lelaki berusia 16 tahun terselamat daripada serangan ikan jarum semasa keluar memancing bersama rakannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI