fbpx

Kerani kempunan iPhone, rugi hampir RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Superintendan Hoo Chang Hook.

JEMPOL – Seorang wanita yang bekerja sebagai kerani kempunan untuk memiliki sebuah telefon bimbit berjenama iPhone selepas terpedaya pembelian secara dalam talian pada bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, ketika mangsa berusia 24 tahun di rumah di Palong, dia telah melayari akaun Apple Store di Instagram kira-kira pukul 9 malam, 20 Mac lalu dan berminat untuk membeli sebuah telefon jenama iPhone 12 yang diiklankan.

Menurutnya, mangsa telah berurusan lanjut bagi melakukan pembelian ini dengan individu di talian 0178784274.

“Mangsa diminta untuk melakukan pembayaran barangan jika berminat bagi pengesahan pembelian melalui pautan yang diberikan kepadanya di aplikasi WhatsApp.

“Mangsa telah menekan pautan tersebut dan bayaran dilakukan ke akaun CIMB 7010448332 Paramsilva melalui sistem pembayaran secara dalam talian sebanyak RM1300 pada 21 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, mangsa hanya sedar menjadi mangsa penipuan selepas membuat semakan baki akaunnya di bank pada 31 Mac lalu yang telah berkurangan sebanyak RM9,500. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI