fbpx

EB meriahkan Ramadan, perkenal produk baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil EB Frozen Food, Long Tian Hong menunjukkan antara produk terbaharu keluaran EB Frozen Food ketika mengadakan pameran trak bergerak di AEON Big Danau Kota di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Jenama makanan sejuk beku tersohor, EB Frozen Food Sdn. Bhd, (EB) baru-baru ini menjalankan kempen jelajah Malaysia sepanjang Ramadan bertujuan memperkenalkan produknya yang terbaharu.

Kempen dengan tema ‘Ini Barulah Raya’ bermula 1 April hingga 15 Mei itu dilaksanakan sempena bulan puasa selaras dengan keluaran produk EB yang sesuai untuk dijadikan juadah berbuka puasa bersama keluarga.

Wakil EB, Long Tian Hong memaklumkan rangkaian produk baharu dinanti-nantikan ramai di bawah siri ayam sedia ada adalah EB Popcorn Chicken yang dikeluarkan dalam dua variasi perisa berbeza iaitu original dan tomyam.

“Produk ini istimewa kerana orang ramai dapat menikmati kelazatan popcorn ayam yang diperbuat daripada isi dada ayam asli menghasilkan rasa rangup dan berjus.

“Selain itu, EB Popcorn Chicken juga mudah serta cepat untuk disediakan menggunakan air fryer atau digoreng seperti biasa,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online di AEON Big Danau Kota, di sini hari ini.

Terdahulu, EB telah memperkenalkan tujuh siri produk berkua­liti termasuk siri chicken, finger food, hotpot, dim sum, oceanic, western dan Japanese yang telah menembusi pasaran di 28 buah negara sejak diperkenalkan.

Menurut Tian Hong, menerusi kempen terbabit EB menyediakan permainan tradisional ketingting yang mana pelanggan berjaya akan diberikan hadiah berupa produk EB.

Tambahnya, mereka yang menyertai kempen ini turut berpeluang memenangi periuk pelbagai guna jika membeli produk EB bernilai lebih RM30 selain dapat memenangi kod baucar Touch ‘n Go berjumlah RM10.

Difahamkan, kempen Ini Barulah Raya akan mengambil tempat di beberapa buah negeri Semenanjung termasuk sekitar Lembah Klang, Pahang, Sungai Petani di Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru dan Ipoh, Perak.

Orang ramai yang berhasrat untuk mengambil bahagian dalam kempen tersebut boleh melawati Facebook rasmi EB Frozen Food atau melayari laman web https://www.ebfood.com.my/ untuk maklumat lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI