fbpx

Dunia dijangka berdepan kekurangan komputer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan seorang guru sedang mengawasi pelajar di dalam bilik darjah dan dalam talian di Sekolah Perintis Antarabangsa di Bangkok pada 25 Jun 2020. - AFP

BANGKOK – Pekerja-pekerja sektor teknologi maklumat menjangkakan kekurangan bekalan komputer untuk jualan di Thailand dan tempat-tempat lain di seluruh  dunia, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Mereka berkata, kekurangan bekalan itu dijangka bermula antara bulan Mei dan Jun tahun ini berikutan impak wabak Covid-19 terhadap pengilang di China.

Menurut ketua jualan dan pemasaran Advice, Chukrit Watcharasaksip kepada akhbar Bangkok Post, harga komputer akan turut meningkat sekiranya perintah berkurung Covid-19 dan perang Rusia-Ukraine berterusan. 

“Sekiranya perintah berkurung di China berterusan, ditambah pula dengan perang Rusia-Ukraine yang berlanjutan, kita akan melihat harga komputer meningkat pada pertengahan tahun ini,” katanya.

Menurut Chukrit, Advice yang merupakan syarikat pengedar teknologi maklumat di Bangkok, mempunyai bekalan mencukupi untuk tempoh dua hingga tiga bulan.

Tambahnya, pada masa ini, harga komputer notebook jenama popular adalah antara 18,000 hingga 19,000 baht, manakala komputer permainan video berharga daripada 25,900 hingga 40,000 baht. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan anggaran peningkatan harga tersebut 

Seorang lagi ketua pembangunan perniagaan teknologi maklumat berkata, beliau juga menjangkakan impak daripada perintah berkurung yang dilaksanakan oleh China akan berlarutan antara satu hingga dua bulan.

Firmanya mempunyai stok mencukupi untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan. Katanya, walaupun jualan komputer dijangka perlahan, terdapat keperluan untuk barangan tersebut. 

“Masih terdapat permintaan tinggi untuk komputer riba dan komputer pasang sendiri untuk mereka yang bekerja dari rumah atau belajar secara online,” katanya.

Walaupun pandemik Covid-19 menyaksikan jualan komputer melonjak ekoran pelaksanaan langkah bekerja dan belajar dari rumah, Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine lewat Februari lalu menyebabkan rangkaian bekalan terjejas. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI