fbpx

KWSP diserbu, tiada i-akaun, kemas kini nombor telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pencarum mula menyerbu Ibu Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut di sini seawal pukul 8 pagi.

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut di sini mula diserbu pencarum berikutan permohonan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 dibuka mulai hari ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati pejabat berkenaan mulai diserbu orang ramai seawal pukul 8 pagi dan kebanyakan mereka hadir untuk membuka i-akaun KWSP serta membuat kemas kini nombor telefon baharu bagi membuat semakan baki simpanan.

Meskipun diserbu orang ramai, namun keadaan di pejabat berkenaan masih terkawal dengan prosedur yang teratur sekali gus melancarkan urusan ahli KWSP.

Dalam pada itu, pihak KWSP turut mengalakkan semua ahli yang mempunyai masalah berkaitan akaun hadir ke pejabat untuk membuat kemas kini.

Terdahulu, kerajaan telah bersetuju membenarkan pengeluaran khas simpanan KWSP berjumlah RM10,000 dan pengeluaran khas tersebut dibuka bermula 1 April hingga 30 April 2022 kepada ahli di bawah umur 55 tahun.

Manakala pembayaran akan bermula pada 20 April ini dalam satu bayaran dan dikredit terus ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI