fbpx

Galak budaya infaq menerusi aplikasi InfaqYIDE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bakhtiar (dua kiri) dan Mohd. Zawawi (tiga kanan) melakukan gimik pelancaran InfaqYIDE

SHAH ALAM – Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) melancarkan aplikasi InfaqYIDE dalam membudayakan amalan infaq harta bagi membantu orang ramai.

Pengerusinya, Datuk Bakhtiar Hussin berkata, ini selaras dengan perkembangan revolusi industri bagi memudahkan orang ramai melakukannya secara digital atau hujung jari menerusi aplikasi ini.

Katanya, aplikasi tersebut dibangunkan dengan kerjasama strategik syarikat bumiputera Islam, ToyyibPay Sdn. sebagai sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat syarikat tersebut.

“Aplikasi ini adalah sebagai salah satu medium orang ramai menyalurkan infaq secara dalam talian.

“YIDE memberikan sedikit kelebihan dengan menyediakan agensi-agensi sah dan dipercayai dalam aplikasi ini untuk tujuan infaq itu,” katanya di sini hari ini.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni bersama Bakhtiar.

Jelas Bakhtiar, antara agensi yang terdapat dalam aplikasi itu adalah lebih daripada 500 institusi yang terdiri daripada Maahad Tahfiz, Rumah Anak Yatim, Rumah Kebajikan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan juga terdapat institusi masjid dan surau.

Pada program sama, Bakhtiar turut memaklumkan sumbangan Aidilfitri bernilai RM150 yang akan dikreditkan kepada 8,100 anak-anak yatim yang berdaftar dengan YIDE bermula 1 Ramadan ini.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI