fbpx
Gambar hiasan.

Kelantan boleh tebang 19,500 hektar hutan dalam 5 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kelantan dibenarkan menebang sebanyak 19,500 hektar kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) untuk tempoh lima tahun menerusi Catuan Tebangan Tahunan (CTT) hutan simpan yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, jumlah CTT itu telah ditetapkan selepas mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Kali Ke-77 yang bersidang pada September 2020.

“Kelulusan ini melibatkan pembahagian secara tahunan bermula 2021 sehingga 2025 dengan sebanyak 3,900 hektar setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Saiful Adli Abu Bakar (Pas-Salor) semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Ahmad memberitahu, bagi mengekang penebangan hutan secara haram, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan melakukan kaedah pemantauan imej satelit beresolusi tinggi dan terkini (FMRS).

Menurutnya, pemantauan menggunakan dron dan rondaan darat secara berkala di lokasi panas yang berpotensi berlaku pencerobohan.

Tambahnya, aktiviti pertanian di kawasan hutan dibenarkan secara terkawal dan perlu mengikut peraturan ditetapkan supaya tidak berlaku kerosakan terhadap alam sekitar. – KOSMO! ONLINE

POPULAR