fbpx

Dioles gincu merah, Nina Smith suka ‘jadi’ perempuan jahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON, Nina Smith mengakui watak antagonis atau jahat lebih sesuai dengan jiwanya sebagai seorang pelakon.

PETALING JAYA – Baru empat tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, pelakon Nina Smith mengakui lebih selesa menjayakan karakter jahat atau antagonis.

Nina atau nama lengkapnya, Amalina Smith, 23, berkata, sehingga sekarang, kebanyakan watak yang ditawarkan kepadanya oleh produksi drama terutamanya adalah yang memerlukan dirinya untuk menjayakan peranan perempuan jahat.

“Semua watak yang saya terima bersifat antagonis, tiada lagi watak baik (setakat ini).

“Entahlah, mungkin sebab saya tinggi daripada semua orang. Selalu di set penggambaran, saya paling tinggi dan bibir saya selalu dioles gincu merah untuk jadi garang.

“Ada juga dapat watak yang bukan antagonis tapi saya rasa macam tak kena pula dengan jiwa saya,” katanya.

Ditanya sama ada dirinya rela untuk hanya terus memainkan peranan karakter jahat atau antagonis, jawab Nina: “Okey, seronok main watak jahat. Terpaksalah sebab mungkin itu tawaran yang datang (ketawa).

“Tapi sekarang ini, kalau boleh saya terima sahaja apa tawaran sama ada antagonis ataupun protogonis. Kalau dah itu yang ada.

“Saya nak terus belajar tapi sebenarnya, watak antagonis lagi susah dan mencabar. Dari satu sudut, kalau saya dah selalu berjaya bawa watak jahat, watak baik mungkin lagi senang tapi susah juga kadang-kadang kerana watak baik nak menangis semua.”

Nina bakal muncul dengan drama terbaharu berjudul bersempena Ramadan berjudul Antara Ikhlas dan Kaca arahan pengarah, Along Kamaludin yang akan disiarkan menerusi saluran Awesome TV.

Drama berkenaan akan menyaksikan Nina sekali lagi diberi tanggungjawab memainkan peranan antagonis di samping barisan pelakon hebat lain seperti Aleza Shadan, Wanna Ali dan Luqman Hafidz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI