fbpx

15,941 kes baharu sementara 21,186 kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 15,941 kes dengan 168 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,183,359 kes.

Dalam masa sama, sebanyak 21,186 kes sembuh sekali gus melepasi jangkitan baharu Covid-19 dengan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 3,941,829 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam, sebanyak 108 kes kategori tiga, empat dan lima.

“Mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 7,474 kes (46.88 peratus), kategori dua sebanyak 8,359 kes (52.44 peratus), kategori tiga sebanyak 50 kes (0.32 peratus), kategori empat sebanyak 26 kes (0.16 peratus) dan kategori lima 32 kes (0.20 peratus).

“Daripada 108 kes kategori tiga, empat dan lima, 26 kes (24.07 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 45 kes (41.67 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 37 kes (34.26 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 57 kes (52.78 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 63 kes (58.33 peratus) mempunyai komorbid,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sebanyak 275 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 168 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, data pada laman web CovidNow menunjukkan, 33 kematian direkodkan menjadikan sebanyak 34,939 kes manakala, 11 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah terkini BID sebanyak 7,373 kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI