fbpx

Pemandu Vellfire tular didakwa memandu secara mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chai ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang hari ini. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang tular mengakibatkan kemalangan seorang lelaki warga emas di Pandamaran, dua minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memandu secara mabuk.

Ng Kok Chai, 46, selaku Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan pilihan dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, Kok Chai yang bekerja dalam bidang pembinaan didakwa sebagai pemandu MPV telah memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan sehingga menyebabkan kecederaan kepada penunggang motosikal, Mohd. Shariff Semin berusia 63 tahun pada pukul 9 pagi, 10 Mac lalu.

Justeru, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM50,000 sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) Pindaan 2020.

Selain itu, Kok Chai juga boleh dihukum dengan diendorskan mana-mana lesen memandu dan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan sesuatu lesen sehingga 10 tahun daripada tarikh sabitan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur’Ayuni Jamri menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 bagaimanapun Peguam Atifah Muhammad memohon jaminan dikurangkan menjadi RM8,000 memandangkan OKS merupakan penyara tunggal yang menanggung seorang isteri, dua orang anak yang masih bersekolah dan ibu yang sudah tua.

Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 20 Mei depan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI