fbpx

Pembenci Stayc takkan terlepas hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN Stayc.

DEMI melindungi artis naungan, agensi kumpulan Stayc iaitu High-Up Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi tentang tindakan yang akan diambil terhadap golongan pembenci .

Agensi juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar cerita palsu dan individu yang meninggalkan komen jahat terhadap Stayc dalam media sosial.

“Kami ingin memaklumkan kepada peminat tentang tindakan undang-undang yang keras terhadap individu terbabit. Mereka cerita yang tidak betul, kandungan tidak berasas dan menulis hantaran mengandungi fakta tidak benar adalah perbuatan salah.

“Perbuatan sebegitu merosakkan imej dan nama seseorang, apatah lagi menyebarkan fitnah, salah di sisi undang-undang,” katanya.
High-Up Entertainment berjanji akan berusaha keras melindungi artis naungan secara undang-undang.

“Kami mengingatkan kepada peminat, jangan sesekali terjebak dengan tindakan tidak bermoral sebegini. Kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi artis kami pada masa hadapan,” ujarnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI