fbpx

Barang kemas, wang RM47,000 terselamat semasa rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memeriksa sebahagian barang kemas yang terselamat dalam kebakaran di sebuah rumah banglo di Taman Ibnu Sinar, Tanah Merah hari ini.

TANAH MERAH – Tindakan pantas anggota bomba melakukan operasi berjaya menyelamatkan barang kemas bernilai RM40,000 dan wang tunai sebanyak RM7,000 milik seorang warga emas daripada hangus dalam kebakaran di sebuah rumah banglo di Taman Ibnu Sinar di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah Mohd. Rafain Mat Zin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.22 petang sebelum sebuah jentera bomba bersama lapan anggota tiba di lokasi kejadian tiga minit kemudian.

Menurutnya, siasatan mendapati, warga emas itu tinggal di rumah berkenaan bersama seorang anak dan seorang cucu.

“Bomba telah mengenal pasti bahagian dalam rumah banglo itu telah terbakar sebelum melakukan kerja-kerja pemadaman api.

“Sebuah bilik dan ruang tamu telah terbakar 30 peratus, namun ketiga-tiga penghuni rumah itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Rafain memberitahu, warga emas itu sempat menyelamatkan barangan kemas dan wang tunai di dalam rumah tersebut semasa kebakaran.

Tambahnya, bagaimanapun, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai punca kejadian dan jumlah sebenar kerugian akibat kebakaran itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI