fbpx

Macron minta Biden kurangkan celupar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN Perancis, Emmanuel Macron memberi nasihat kepada Joe Biden supaya tidak meneruskan retorik keras terhadap Rusia. - David Silpa/UPI

PARIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron memberi nasihat kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden supaya tidak meneruskan retorik keras terhadap Rusia, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Bercakap kepada stesen penyiaran France 3, Macron berkata, Biden harus mengelak daripada memburukkan lagi keadaan melalui perkataan dan tindakannya. 

Nasihat itu dikeluarkan susulan ucapan keras Biden di Warsaw pada Sabtu lalu di mana beliau berkata, Vladimir Putin ‘tidak boleh kekal berkuasa’ dan menggelar Presiden Rusia itu sebagai ‘peyembelih’. 

“Saya tidak akan menggunakan istilah seperti itu kerana saya meneruskan dialog dengan Presiden Putin.

“Kami mahu menghentikan perang yang dilancarkan oleh Rusia di Ukraine tanpa perlu berperang atau memburukkan lagi keadaan. Ini  matlamat kami,’’ kata Macron yang berterusan mengusahakan penyelesaian diplomatik bagi menamatkan perang Rusia dengan Ukraine.

Macron berkata, beliau akan bercakap sekali lagi dengan Putin dalam tempoh beberapa jam atau beberapa hari akan datang.

Perunding Ukraine, David Arahamia juga berkata di laman Facebook bahawa rundingan pusingan seterusnya antara Kiev dan Moscow akan diadakan pada minggu ini di Turki. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI