fbpx

China ‘lockdown’ bandar terbesar negara itu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI polis memakai pakaian perlindungan diri (PPE) ketika mengawal terowong di daerah Pudong, Shanghai semalam. - AFP

BEIJING – China mengumumkan penutupan bandar terbesarnya, Shanghai yang dilakukan dalam dua peringkat selama sembilan hari sementara pihak berkuasa melakukan ujian saringan Covid-19, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Bandar yang menjadi hab kewangan China itu bertarung dengan gelombang jangkitan baharu Covid-19 selama hampir sebulan, walaupun bilangan kes tidak tinggi sekiranya berdasarkan piawaian antarabangsa.

Pihak berkuasa Shanghai sebelum ini keberatan menutup bandar didiami sekitar 25 juta penduduk itu untuk mengelak ekonomi daripada terjejas.

Shanghai bagaimanapun mencatat jumlah kes harian tertinggi Sabtu lalu yang mendorong pihak berkuasa mengubah fikiran.

Perintah berkurung koronavirus itu akan dilaksanakan dalam dua peringkat dengan timur Shanghai ditutup bermula hari ini hingga 1 April,  manakala barat bandar raya itu ditutup antara 1 hingga 5 April.

Pengangkutan awam akan dihentikan, manakala syarikat dan kilang wajib menghentikan operasi serta melaksanakan prosedur bekerja dari rumah, kata pihak berkuasa.

Pentadbiran bandar raya itu mengeluarkan arahan menerusi akaun WeChat rasminya untuk meminta orang ramai supaya menyokong, memahami serta bekerjasama dalam mengawal wabak Covid-19 di Shanghai.

Penutupan lain semasa pandemik telah menjejaskan wilayah di China walaupun orang ramai masih boleh melakukan perjalanan di wilayah terbabit. 

Shanghai dengan kepadatan penduduknya yang tinggi menjadi bandar terbesar di China yang ditutup setakat ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI