fbpx

UPSI tawarkan khidmat penterjemah profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyediakan khidmat terjemahan menerusi Pusat Terjemahan Profesional (PTP) yang ditubuhkan di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK).

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, penubuhan pusat itu bertepatan dengan keperluan semasa yang memerlukan pelbagai bidang bahasa.

Katanya, bidang penterjemahan adalah signifikan kerana karya yang diterjemahkan itu digunakan dalam pelbagai bidang dan pembelajaran merangkumi genre berbeza.

“Ini termasuk penerbitan buku bahasa dan sastera, proses pembelajaran dan pengajaran, kepercayaan dan adat resam, sistem ekonomi, politik serta pelbagai bidang.

“Ia berpotensi menjadi pusat terjemahan yang unggul demi membantu pelbagai agensi mendapatkan khidmat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Peranan penterjemah yang penting dalam pendidikan dan perpindahan ilmu juga menyaksikan UPSI menjadikan ia sebagai salah satu misi menerusi FBK.

Pada zaman Sultan Idris Training College, Pendeta Za’ba pernah berkhidmat sebagai penterjemah yang menterjemah buku-buku untuk kegunaan di sekolah pada masa itu.

Sementara itu, Dekan FBK, Prof. Madya Dr. Mazura Mohamad berkata, PTP berperanan membantu memastikan sesuatu karya yang ditulis membawa makna yang sama dengan karya asal.

Tambah beliau, PTP juga akan melaksanakan bengkel terjemahan yang bersifat ‘hands-on’ kepada pensyarah, pelajar dan orang awam bagi menambah nilai kemahiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI