fbpx

Tidak kayu, lakonan Sophia AlBarakbah dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOPHIA ALBARAKBAH

SELALUNYA lakonan pelakon baharu pasti akan meraih jutaan kecaman dan dilabel sebagai kayu atau pokok.

Tetapi berlainan pula dengan Sophia AlBarakbah yang memegang watak Cahaya dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa.

Dia mendapat pujian ramai kerana berjaya menyampaikan emosi dan tangisan yang tidak dibuat-buat dalam sebuah babak air mata.

Kata penonton drama tersebut, mereka turut menitiskan air mata kerana terlalu sebak dengan kehebatan penyampaian lakonan Sophia.

“Pandai betul Sophia menjiwai watak, sampai bengkak mata aku.

“Aku suka pelakon yang menangis tak cover cantik seperti dia. Aku sekali ikut menangis,” komen netizen.

Ini boleh dikatakan satu pencapaian baik untuk Sophia. Teruskan usaha dan sentiasa pasang impian untuk jadi pelakon yang hebat ya.

DIVA: Kasihan watak Gambit dalam drama tersebut tapi cinta kan tidak semestinya memiliki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI