fbpx

Siapa juara Big Stage 4?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA dua nama yang paling menyerlah ditebak bakal membawa pulang gelaran juara Big Stage musim keempat iaitu Elica Paujin (kiri) dan Aisha Retno.

SELEPAS sembilan minggu bertarung, akhirnya Big Stage musim keempat (BS4) melabuhkan tirainya malam ini.

Pastinya pertandingan pada malam ini sangat sengit sehingga ada peminat yang sudah mula menebak siapakah bakal juara BS4.

Aisha Retno, Daniel Chuer dan Elica Paujin antara nama yang disebut-sebut sebagai juara BS4 tetapi manalah tahu, Yazmin Aziz dan Tegar berjaya membuat kejutan pada malam ini.

Tidak kurang juga ada yang risau dengan nyanyian Elica yang menyampaikan lagu Cinta milik Marsha Milan. Katanya, Marsha sudah letakkan penanda aras yang tinggi dan pasti sukar untuk Elica menandinginya.

Diva ucapkan semua finalis berjaya membuat persembahan hebat pada malam ini. Jangan hampakan peminat-peminat anda!

DIVA: Dengarnya ramai tidak puas hati Hael Husaini menjadi penyanyi duet dengan Elica malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI