fbpx
AKSI Eina yang berpelukan dengan pembantu rumahnya kerana wanita itu akan pulang ke Indonesia mengundang pujian netizen.

Penyayang sungguh Eina Azman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMAI yang memuji sikap pelakon Datin Paduka Eina Azman yang baik hati terhadap pembantu rumahnya.

Mana tidaknya, baru-baru ini Eina meraikan sambutan ulang tahun kelahiran pembantu rumah kesayangannya bernama Mega yang ke-25 tahun.

Bahkan, pelakon berkulit putih melepak itu turut menghadiahkan seutas gelang tangan emas terhadap pembantu rumah warga Indonesia itu sebagai tanda terima kasih kerana kesetiaannya.

Tetapi apa yang membuatkan Eina sedih apabila Mega akan pulang ke Aceh selepas lima tahun bekerja sebagai pembantu rumah.

Dalam video yang dikongsikan Eina, kelihatan dia memeluk erat Mega sambil menangis kerana akan berpisah dengan wanita itu.

Diva yang menonton video tersebut turut melahirkan rasa sedih dan terharu melihat keakraban antara Eina dan Mega seperti saudara walaupun berbeza kedudukan.

Rata-rata pengikut Eina dalam laman sosial memuji sikapnya kerana baik hati terhadap sesiapa sahaja. Bahkan ada juga yang menawarkan diri untuk menjadi pembantu rumah Eina bagi menggantikan tempat Mega.

Apa yang Diva tahu, Eina memang sangat menghargai semua pembantu rumahnya. Apabila tiba hari raya, pasti pembantu rumahnya turut dibelikan pakaian baharu yang cantik-cantik untuk dipakai ketika lebaran.

DIVA: Tidak sabar rasanya hendak menonton drama Puteri Reunion yang akan ditayangkan pada Aidilfitri nanti.

POPULAR