fbpx

Pelajar rugi RM36,300 ditipu beli iPhone berharga RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Gara-gara mahu membeli telefon bimbit jenama iPhone berharga RM1,000 seorang mahasiswa sebuah institusi pengajian tinggi awam mengalami kerugian sebanyak RM36,300 selepas ditipu sidiket jualan telefon bimbit tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula 7 Mac lalu selepas mangsa melihat iklan jualan telefon bimbit jenama iPhone di Instagram.

“Mangsa berminat membeli sebuah telefon bimbit jenama iPhone berharga RM1,000 dan pada hari yang sama mangsa telah membuat pembayaran ke akaun yang diberi suspek.

“Kemudian mangsa perlu membayar pelbagai lagi bayaran seperti insurans, kastam, kos penghantaran dan untuk membuka ‘lock’ telefon yang berjumlah RM35,300,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Wazir mangsa yang mula membuat pembayaran bermula 8 hingga 15 Mac lalu ke empat akaun berbeza tidak menerima telefon berkenaan sehingga kini.

Katanya, mangsa yang berasa ditipu membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya polis mengambil keterangan daripada mangsa dan mengumpul maklumat dan siasatan giat dilakukan bagi mengesan suspek.

“Modus operandi dalam kes ini ialah suspek telah memperdaya mangsa dalam urusan pembelian telefon bimbit jenama iPhone sehingga mangsa mengalami kerugian,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI