fbpx

Hiasan kepala, aksesori unik atau ‘gila’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA hiasan kepala menjadi pelengkap penampilan selebriti.

SEBAGAI selebriti, penampilan tatkala berada di khalayak ramai terutama ketika acara karpet merah sememangnya tidak boleh dipandang ringan atau asal boleh.

Bagi artis Hollywood, bukan sekadar memastikan persalinan avant-garde membaluti susuk tubuh, aksesori pilihan yang melengkapkan lagi penampilan turut menjadi keutamaan.

Cuma di sebalik ketelitian sebilangan besar persona popular, ada juga yang lebih berani bereksperimentasi terutama memberi perincian terhadap hiasan kepala atau headpiece’

Di Malaysia pula misalnya, tidak ramai artis yang berani tampil mengetengahkan sisi unik mereka ketika menghadiri sesebuah acara.

Tetapi tidak bagi beberapa selebriti seperti Didie Alias yang pernah mencuri tumpuan apabila tampil dengan imej pelik dan berani ketika menghadiri acara hiburan sehingga dia menerima gelaran Lady Gaga Malaysia.

Berikut, Gala menyenaraikan beberapa nama selebriti antarabangsa yang tampil dengan imej unik seperti aksesori ‘luar biasa’ iaitu headpiece perhiasan kepala, seperti yang pernah digayakan penyanyi Aina Abdul ketika karpet merah Anugerah Bintang Popular ke-34 beberapa bulan lalu.

Gemma Ward

Pelakon dan model, Gemma Ward antara yang menyerlah tatkala mengayakan perhiasan kepala berbunga-bunga.

Ibu kepada tiga cahaya itu tampak eksotik menggayakan hiasan sentuhan pereka Jepun, Takaya Hanayuishi yang dinamakan Crown of Glory.

Pelakon asal Australia yang membintangi Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides itu sememangnya tidak pernah salah dalam bergaya.

Pengalaman sebagai model dan menjadi wajah muka depan Vogue pada usia belasan tahun membuatkan penampilannya tidak pernah mengecewakan.

Gwyneth Paltrow

AKTRES popular ini menggayakan ‘mahkota’ bunga-bungaan rona merah jambu sebagai penghias muka depan majalah Harper’s Bazaar edisi 2015.

Leher jinjang dimiliki aktres itu menyerlah kerana elemen flora yang sengaja dihias tinggi di atas kepala.

Ilham daripada Eric Buterbaugh, ramai menyimpulkan idea yang direalisasikan pereka tersohor itu bersama garapan warna feminin cukup ‘kena’ dengan rambut pelakon itu.

Jika ada yang menyatakan hiasan kepala sekadar fesyen untuk bereksperimentasi, Gwyneth jadi bukti tanggapan tersebut satu kesilapan.

Demi Moore

Kemunculan Demi Moore dalam majalah Harper’s Bazaar bersama hiasan rambut berbunga merah menonjolkan sisi femininnya.

Pada usia yang hampir mencecah 60-an, bekas isteri Bruce Willis itu bijak memanipulasi peluang muncul bergaya dengan penampilan unik.

Hasil sentuhan pereka Eric Buterbaugh yang digelar King of Roses turut menampakkan aura muda bintang sensasi tersebut.

Walaupun sebelum ini Demi dilihat lebih selesa dengan gaya sederhana, bersama hiasan pereka itu, keterampilannya mendapat pujian ramai peminat.

Lady Gaga

Penyanyi Lady Gaga antara si pemberani tegar yang memberi perincian hiasan kepala berbunga sambil menggayakan kasut but Alexander McQueen di London Fashion Week 2012.

Sudah sedekad berlalu, namun tema bunga-bungaan yang menutupi kepalanya terus menyuntik inspirasi kepada pereka fesyen dan artis lain tampil bergaya serupa.

Gaga yang terkenal menerusi imej dan fesyen pelik mencuri tumpuan lensa kamera serta perhatian peminat apabila menggayakan ‘headpiece’ bunga gergasi berwarna pink.

Pada majlis tersebut, pelantun lagu Marry The Night itu muncul memakai sehelai gaun berwarna hijau gelap paras lutut dipadankan dengan but bersulam les dan seluar legging.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI