fbpx

10 ADUN angkat sumpah Exco Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim (lapan dari kanan) berkenan melantik 10 ADUN bagi mengisi jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Majlis Istiadat Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor berlangsung di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene, di sini hari ini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang mengangkat sumpah ialah Datuk Zahari Sarip (Buloh Kasap); Datuk Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai); K. Raven Kumar (Tenggaroh); Khairin Nisa Ismail (Serom); Mohd Hairi Mad Shah (Larkin) dan Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah).

Turut mengangkat sumpah Ling Tian Soon (Yong Peng), Lee Ting Han (Paloh), Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Bukit Pasir) dan Norliza Noh (Johor Lama).

Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga ADUN Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-19 pada 15 Mac lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI