fbpx

Senegal tidak mahu berasa terlebih yakin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SENEGAL masih lagi segar dengan kejayaan menjulang kejuaraan AFCON dan kini memburu slot ke Piala Dunia. – AFP

KAHERAH – Turun sebagai juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) bukanlah tiket buat Senegal berasa selesa menjelang perlawanan pertama playoff kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Mesir di Stadium Antarabangsa Kaherah awal pagi esok.

Senegal pastinya berdepan laluan sukar untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Du­nia di Qatar November depan memandangkan Mesir akan turun dengan misi membalas dendam atas kekalahan mereka pada perlawanan akhir AFCON bulan lalu.

Ketua Jurulatih Senegal, ­Aliou Cisse menegaskan, skuad kendaliannya bukanlah pasukan pilihan dalam aksi itu nanti berdasarkan rekod pasukan-pasukan yang pernah menjuarai AFCON sebelum ini.

“Dua perlawanan dengan Mesir nanti bukanlah sesuatu yang mudah walaupun kami menewaskan mereka pada perlawanan akhir AFCON Februari lalu. Saya yakin ia sangat sukar untuk kami.

“Kami adalah juara Afrika tetapi bukanlah pilihan pada perlawanan itu nanti. Statistik sebelum ini menunjukkan mana-mana pasukan yang memenangi AFCON tidak pernah layak ke Piala Dunia,” katanya.

Beliau juga tidak mahu kemenangan pada AFCON sebelum ini dijadikan sebagai ukuran memandangkan saingan playoff merupakan satu kejohanan lain yang sangat berbeza serta sukar.

“Ini adalah kejohanan yang berbeza, jadi kami akan cuba segala-galanya untuk melayakkan diri. Kami akan berdepan dua per­lawanan penting bagi memburu tempat ke Piala Dunia buat kali ketiga dalam sejarah bola sepak Senegal,” ujar Cisse. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI