fbpx

Padah pakai enam cincin hingga jari bengkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jari seorang lelaki yang bengkak gara-gara memakai enam cincin sebelum dipotong pihak bomba di Taiping malam tadi.

TAIPING – Khidmat bomba terpaksa dipanggil untuk membantu menanggalkan enam cincin yang dipakai seorang lelaki sehingga dua jarinya membengkak.

Kejadian berlaku di Hospital Taiping malam semalam apabila lelaki itu datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.46 malam.

“Kita menerima panggilan daripada petugas di wad kecemasan Hospital Taiping yang memohon bantuan memotong cincin pada jari seorang pesakit.

“Terdapat enam jari pada tangan kanan lelaki itu yang dipakai iaitu empat pada jari manis dan dua jari hantu,” ujar jurucakap itu.

Jelasnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping yang dihantar ke lokasi bertindak memotong kesemua cincin tersebut menggunakan peralatan khas dan berjaya ditanggalkan kesemuanya.

Pesakit kemudian diserahkan kepada petugas hospital manakala operasi yang diketuai PBK II Sharif Aziz itu tamat sepenuhnya pada pukul 12.46 tengah malam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI