fbpx

Habis penggambaran, Kim Se-jeong terus positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SE-JEONG

BIARPUN tidak mempunyai sebarang gejala, pelakon popular Kim Se-jeong terpaksa akur selepas disahkan positif Covid-19.

Perkara tersebut dikongsikannya dalam Instagram selepas mendapat keputusan rasmi ujian PCR.

Pelakon berusia 26 itu sebenarnya baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama siri popular Netflix, Business Proposal.

Disebabkan positif, dia terpaksa menunda perjumpaannya bersama peminat.

“Kalau ikutkan jadual asal, Kim Se-jeong akan bertemu peminat dalam majlis yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu ini.

“Dia kini berada dalam keadaan baik dan sedang mengisolasikan diri di kediaman selama seminggu,” tulis kenyataan yang dikeluarkan agensinya, Jellyfish Entertainment.

Tambah agensi tersebut, segala jadual dan aktiviti seni yang telah disusun terpaksa dirombak serta ditunda semula ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI