fbpx

Beza remaja lelaki dahulu, sekarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar satu klip video menyaksikan perbezaan remaja lelaki dahulu dan sekarang.

PETALING JAYA – Kebelakangan ini, kita sering sahaja disajikan dengan klip-klip video remaja-remaja lelaki menari dan berjoget di media sosial Tik Tok, Instagram serta Facebook.

Keadaan tersebut cukup berbeza sebelum kemajuan teknologi yang sedang berkembang pantas ini ketika era pembesaran remaja-remaja lelaki sekitar tahun 80-an dan 90-an.

Ketika ini, bukan sahaja kita boleh melihat ‘perangai’ atau ‘kelaku’ remaja-remaja lelaki di hadapan kamera telefon malah pertambahan lelaki lembut juga semakin meningkat.

Terkini, viral di media sosial klip video perbandingan remaja lelaki sebelum ini dan remaja lelaki sekarang yang ternyata mempunyai perbezaan yang ketara.

Rata-rata orang ramai juga turut bersetuju dengan keadaan yang semakin hari semakin tidak terbendung dek kerana kegilaan terhadap media sosial ketika ini.

“Kadang-kadang tu jatuh risau pula dengan keadaan sekarang, anak-anak lelaki kita tidak sama dengan kita dulu, mungkin terlalu terdedah dengan media sosial terlampau kuat.

“Badan dah berketak pun dok menari Tik Tok, dulu orang lelaki minat dengan aktiviti lasak tapi sekarang dunia sudah berubah,” jelas Mad Imin PD.

“Memang ketara, cukup ketara perbezaan ini. Kalau kita tengok pertubuhan silat ataupun Pengakap dah jarang anak-anak lelaki nak sertai.

“Yang kita nampak berjoget, bergaduh pun ala-ala samseng lembut saja. Harap ada perubahan selepas ini,” jelas Redzuan Fauzi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI