fbpx

Zuraida ‘kunci mulut’ isu lompat parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZURAIDA (tiga dari kanan) pada Majlis Pecah Tanah Pembangunan Ladang Koko Pintar di Bukit Gangis, Setul di sini hari ini. FOTO : NOR SHAFAWATI YUP.

SEREMBAN – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zuraida Kamaruddin memilih untuk ‘mengunci mulut’ berhubung dakwaan beliau akan keluar dari parti itu bulan depan.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang memberikan reaksi tersebut ketika diminta mengulas dakwaan tersebut yang dilaporkan oleh sebuah portal berita baru-baru ini.

“Itu dia cakap (portal). Saya tak tahu,” katanya ringkas kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Ladang Koko Pintar di Bukit Gangis, Setul di sini hari ini.

Beliau yang merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebelum itu dilihat cuba mengelak menjawab soalan berkaitan politik dan memberitahu majlis diadakan berkaitan koko.

Ketika ditanya oleh pihak media, kenapa beliau memilih untuk tidak memberi sebarang komen berkenaan dengan isu itu,beliau hanya memberitahu mahu terus diam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI