fbpx

Kerajaan sasar eksport komoditi pertanian RM300 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi menyasarkan pertumbuhan eksport komoditi pertanian negara kepada RM300 bilion tahun ini, berbanding RM204 bilion yang dicapai tahun lalu.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin menjelaskan, ia berdasarkan prestasi keenam-enam industri pertanian utama negara, iaitu kelapa sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada dan kenaf yang memperlihatkan peningkatan memberangsangkan.

“Unjuran nilai industri komoditi pertanian global dianggarkan berjumlah AS$756 bilion (RM3.19 trilion) jadi sektor ini memberikan peluang yang luas buat kita untuk meningkatkan nilai eksport dan keluaran dalam negara kasar (KDNK),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pra-pelancaran Ekspo dan Sidang Kemuncak Komoditi Pertanian Antarabangsa Malaysia (MIACES) 2022 di sini semalam.

MIACES 2022 yang bakal diadakan di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 26 hingga 28 Julai ini menyasarkan penyertaan sehingga 20,000 pengunjung dan 250 syarikat dari pelbagai negara.

Zuraida

Menurut Zuraida, setakat ini sebanyak 15 buah negara asing telah mengesahkan penyertaan mereka di ekspo berkenaan termasuk Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia dan Iran.

“Menerusi penganjurannya, kita mahu pemain industri tempatan dan antarabangsa mewujudkan jalinan kerjasama, sekaligus membuktikan kualiti serta keupayaan produk di peringkat antarabangsa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI