fbpx

Kenaikan harga bahan mentah faktor harga simen naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARUDDIN Omar Hashim (tengah) bersama Azahari Matt (kiri) dan Khor Khai Nee pada sesi taklimat media di Hotel Royal Chulan di sini hari ini. FOTO : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Kenaikan harga simen ketika ini didorong oleh peningkatan harga bahan mentah yang digunakan dalam proses pembuatan bahan itu terutama arang batu di pasaran antarabangsa.

Pengarah Urusan Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA), Sharuddin Omar Hashim berkata, harga pasaran harga arang batu yang sangat tinggi menyebabkan syarikat pengeluar simen tidak mempunyai pilihan dan kenaikan tersebut telah berlaku sejak 2016 lagi.

Jelasnya kenaikan harga arang batu ketika ini didorong pelbagai faktor termasuk larangan eksport oleh Indonesia serta konflik antara Rusia dan Ukraine.

“Kami terpaksa (menaikkan harga) memandangkan bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran simen telah naik dengan sangat tinggi, contoh paling utama adalah arang batu.

“Larangan eskport ke luar negara di Indonesia dan perang Rusia-Ukraine telah menyebabkan kesulitan mendapatkan bekalan arang batu sekaligus mengakibatkan lonjakan harga,” katanya dalam taklimat bersama media di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Loji Simen (Bahau), Azahari Matt dan Ketua Pegawai Kewangan CIMA, Khor Khai Nee.

SHAHARUDDIN

Menurut Sharuddin, bahan mentah lain dalam pengeluaran simen turut naik agak tinggi ekoran pandemik Covid-19 dan ia diterukkan lagi oleh masalah kesesakan dari segi logisitik serta pengagihan.

“Kenaikan harga bahan mentah ini meliputi 30 hingga 40 peratus dari kos pengeluaran kami. Harga arang batu misalnya meningkat daripada sekitar AS$60 (RM253) hingga AS$70 (RM295) satu tan kepada AS$200 (RM843) satu tan sekarang dan berpotensi mencecah sehingga AS$400 (RM1,686).

“Sebelum ini harga simen agak mendatar dan kami telah banyak menyerap kenaikan kos tetapi berikutan situasi semasa, kami terpaksa naikkan harga simen.

“Bagaimanapun, kami cuba sedaya upaya untuk mengoptimumkan pengeluaran kami sebaik mungkin untuk mengurangkan kos pengeluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI