fbpx

Tetamu majlis tahlil dapat minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan situasi ketika tetamu yang hadir di sebuah majlis tahlil menerima minyak masak setelah acara selesai. - Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario sebuah majlis tahlil yang memberikan minyak masak sebagai cenderahati kepada tetamu yang hadir, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik dalam akaun Instagram bernama @terangmedia itu dirakam ketika beberapa tetamu menerima bungkusan plastik merah jambu berisi minyak masak setelah acara tahlil selesai. 

Kebiasaannya, penduduk yang hadir di sesebuah majlis tahlil akan mendapat bungkusan makanan berupa nasi dan lauk.

Namun, berbeza dengan majlis yang dirakam itu, mereka mendapat minyak masak bersama-sama barangan lain sebagai tanda penghargaan daripada tuan rumah.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen disebabkan bekalan minyak masak yang kurang sekali gus menjadi barangan yang paling dicari-cari oleh penduduk Indonesia ketika ini.

“Tetamu pasti bersemangat, ajak semua anak,’’ tulis seorang netizen.

“Kongsi lokasi, saya nak datang,’’ komen netizen lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI