fbpx

Semak syarat negara luar sebelum melancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melancong ke luar negara selepas pembukaan sempadan 1 April ini digalakkan untuk menyemak syarat kemasukan negara luar terlebih dahulu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, ini bagi memastikan tiada sebarang masalah berlaku ketika proses ke luar negara.

“Rakyat Malaysia perlu faham apabila sempadan dibuka, mereka bebas mengembara namun masih ada negara luar yang belum membuka sempadan sepenuhnya.

“Sebagai contoh, negara China masih mengenakan kuarantin selama 15 hingga 20 hari, hal ini secara tidak langsung mengambil tempoh lama buat mereka yang berhasrat untuk bercuti,” katanya dalam temu bual sebuah stesen TV malam tadi.

Jelasnya, orang ramai perlu bijak memilih negara luar yang membuka pintu sempadan seperti pelaksanaan yang bakal dijalankan Malaysia.

Selain itu, beliau memaklumkan Jabatan Imigresen Malaysia berada pada tahap siap siaga menyediakan bilangan pasport mencukupi selepas pengumuman pembukaan sempadan.

“Sebanyak 970,000 bilangan passport disediakan bagi rakyat yang ingin membuat permohonan dan memperbaharui pasport lama di kaunter atau secara dalam talian.

“Selain itu, rakyat mesti mempunyai pasport yang sah serta menyemak senarai hitam untuk ke luar negara melalui portal rasmi Imigresen,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI