fbpx

Polis tahan lelaki miliki senapang patah tidak berlesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis merampas senapang patah tidak berlesan dan beberapa kelonsong peluru penabur daripada seorang lelaki yang mendakwa mahu menembak babi.

PORT DICKSON – Seorang lelaki berusia 55 tahun ditahan polis selepas disyaki memiliki senapang patah buatan sendiri yang tidak berlesen dalam serbuan di Ladang Kelapa Sawit Kampung Sungai Sendayan di Lukut di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berkenaan ditahan lebih kurang pukul 9 pagi oleh sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Negeri Sembilan.

“Semasa ditahan, pihak polis turut merampas beberapa barang kes antaranya selaras senapang patah buatan sendiri, beberapa butir peluru penabur, kelonsong peluru penabur dan sebuah motosikal jenis Honda EX5.

“Suspek telah menyatakan menggunakan senapang tersebut untuk menembak babi hutan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan dia telah direman tiga hari sehingga Rabu depn bagi membantu siasatan.

Beliau berkta, kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 (Akta 206) kerana memiliki senjata dan amunisi tanpa permit yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyimpan sebarang amunisi atau senjata yang menyalahi undang-undang dibawah Akta Senjata 1960,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI