fbpx

Penyanyi Brazil masuk hospital tahan kentut depan teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POCAH telah pulih sepenuhnya dan mengatakan bahawa dia telah belajar daripada kajadian itu. - Newsflash

BRASILIA, Brazil – Seorang penyanyi Brazil mengaku dia terpaksa dirawat di hospital selepas ‘gas’ terperangkap di dalam badannya gara-gara dia terlalu malu untuk kentut di hadapan teman lelakinya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Penyanyi wanita berkenaan, Viviane de Queiroz Pereira yang juga dikenali sebagai Pocah, berkongsi gambar ketika dia berada di bilik perubatan sebuah hospital kepada berjuta-juta pengikutnya di laman perkongsian gambar Instagram.

“Saya bangun pada pukul 5.30 pagi dengan sakit perut yang teruk dan akhirnya dimasukkan ke hospital.

“Tetapi itu sahaja kawan-kawan. Saya kini sihat, hanya pengumpulan kentut terperangkap di dalam badan saya,’’ jelas penyanyi berusia 27 tahun itu.

Ahli muzik yang memulakan kerjayanya pada 2012 dengan nama MC Pocahontas itu menggalakkan peminat-peminatnya untuk membuang angin dengan bebas tanpa rasa malu.

“Anak perempuan jangan malu untuk kentut di hadapan lelaki. 

“Apa yang lebih memalukan adalah membiarkan teman lelaki anda tidak dapat tidur dengan aman kerana anda mengajaknya ke hospital dan selepas itu, mengetahui bahawa anda sakit kerana kentut terperangkap dalam badan anda,” katanya.

Pocah yang dilahirkan di Rio de Janeiro, adalah berketurunan Afrika dan Portugal. Dia pada asalnya tidak mengendahkan sakit perut yang dialami kerana menerima nasihat di TikTok.

Tetapi selepas kesukaran itu, dia berkata akan melepaskan kentut dengan bebas. Menurut beberapa pakar perubatan, perbuatan menahan kentut boleh menjadi  berbahaya dan membawa kepada gejala yang menyakitkan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI