fbpx

Lima negeri catat penggunaan katil ICU lebih 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak lima negeri di seluruh negara mencatatkan kadar penggunaan katil kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) melebihi 50 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan melebihi 50 peratus itu dicatatkan di Kuala Lumpur (67 peratus), Johor (66 peratus), Perlis (64 peratus), Kelantan (58 peratus), dan Selangor (56 peratus).

“Bagi katil bukan ICU pula sebanyak 11 negeri telah mencatatkan penggunaan melebihi 50 peratus iaitu Selangor (89 peratus), Putrajaya (78 peratus), Terengganu (77 peratus), Kuala Lumpur (76 peratus), Perlis (72 peratus), Perak (70 peratus), Melaka (70 peratus).

“Ia diikuti oleh Sarawak (56 peratus), Kelantan (55 peratus), Negeri Sembilan (55 peratus), dan Pahang (52 peratus) manakala tiada katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) yang mencatatkan penggunaan melebihi 50 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, jumlah pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga mencatatkan penurunan kepada 203 pesakit dengan peratusan penggunaan alat tersebut sebanyak 23 peratus.

Jelas beliau, daripada 19,105 kes harian yang dilaporkan semalam, sebanyak 193 kes merupakan kategori 3, 4 dan 5 di mana 58 kes (30.05 peratus) tidak divaksin atau belum lengkap dos serta 78 kes (40.41 peratus) telah menerima dua dos vaksin namun belum menerima dos penggalak (booster).

“57 kes (29.53 peratus) telah menerima booster, 92 kes (47.67 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas serta 81 kes lagi (41.97 peratus) mempunyai komorbid.

“Satu kluster baharu telah dikenal pasti semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,912 kluster dan sehingga kini terdapat 304 kluster yang masih aktif selepas 6,608 daripadanya dilaporkan telah tamat,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI