fbpx

Sedu empat bulan disebabkan kanser otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imbasan MRI ini mengenal pasti tumor pada batang otak lelaki India itu yang dikenal pasti oleh pakar perubatan sebagai punca sedu yang berterusan. - Daily Mail

NEW DELHI – Gejala sedu seorang lelaki di India yang berlarutan dalam tempoh yang panjang dipercayai berpunca daripada ketumbuhan dalam otaknya, demikian menurut sepasukan pakar perubatan.

Akhbar MailOnline melaporkan, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu meminta bantuan perubatan selepas mengalami sakit kepala teruk selama dua minggu selain muntah sehingga tiga kali sehari.

Menurut laporan perubatan, keadaan kesihatannya mula merosot selepas dia mengalami gejala sedu berulang kali  selama empat bulan sebelumnya.

Menurut sekumpulan pakar perubatan di Bandar Rishikesh, sedu berterusan yang dialaminya itu turut menjejaskan pola tidur dan pemakanan pesakit.

Keputusan pengimejan resonans magnetik (MRI) yang dilakukan menunjukkan lelaki itu menghidap penyakit glioma pontine intrinsik iaitu sejenis tumor otak yang sangat agresif dan sukar dirawat.

Pontine glioma adalah kanser yang mustahil untuk dibuang melalui prosedur pembedahan kerana komplikasi dan risikonya terlalu tinggi.

Dr. Nagasubramanyam Vempalli daripada Institut Sains Perubatan India menjejaskan bahawa bahagian otak yang bertanggungjawab mengawal saraf dan otot biasanya mencetuskan tindak balas sedu.

Lelaki itu menjalani pembedahan kepala di mana pakar-pakar bedah cuba untuk menormalkan tekanan tinggi dalam tengkorak pesakit disebabkan oleh pengumpulan cecair di dalam otak.

Selepas lapan hari pulih, lelaki itu menjalani rawatan radioterapi selama enam minggu dalam usaha untuk membunuh tumor tersebut.

‘Sedu pesakit mulai pulih selepas memulakan radioterapi dan selepas sebulan radioterapi, gejalan itu berkurangan dengan ketara,’ kata Dr Vempalli. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.