fbpx

Mayat warga emas terjatuh Jambatan Pulau Pinang ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) memeriksa keadaan mayat lelaki warga emas di Jeti Polis Marin Batu Uban, George Town di sini pagi tadi.

GEORGE TOWN – Mayat seorang lelaki warga emas ditemui terapung berdekatan tiang nombor 30 di bawah Jambatan Pulau Pinang di sini pagi tadi.

Mayat, Lim Hun Bin, 74, dipercayai dari Simpang Ampat di Nibong Tebal, Seberang Perai itu dijumpai nelayan pantai kira-kira pukul 11 pagi.

Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kapten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, Pusat Operasi Maritim Malaysia Pulau Pinang telah menerima aduan orang awam berhubung penemuan mayat terapung dari arah pulau menghala ke Perai.

Menurutnya, bot KILAT 26 kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian dan tiba kurang 20 minit kemudian.

“Operasi turut mendapat bantuan bot nelayan tempatan yang berada di kawasan tersebut bagi mengelak mayat berkenaan hanyut dibawa arus.

“Siasatan mendapati lelaki terbabit telah meninggalkan sebuah motosikal jenis Honda NF 100 di Kilometer 4.0 di atas jambatan sebelum terjun ke laut.

“Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI