fbpx

Klon haiwan kesayangan pada harga RM210,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kucing asal (kiri) dan kucing klon yang dihasilkan menggunakan DNA kucing asal (kanan). - The Sun

WASHINGTON – Sebuah syarikat pengklonan kucing dan anjing yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mendakwa  mempunyai senarai menunggu yang panjang selepas minat terhadap haiwan klon meningkat semasa pandemik Covid-19.

Menurut laporan akhbar The Sun, syarikat ViaGen mempunyai rekod pengklonan kucing dan anjing yang hebat sejak 2015.

Wakil Jabatan Pemasaran ViaGen, Lauren Aston, berkata harga semasa untuk mengklon kucing adalah AS$35,000 (RM146,755) dan AS$50,000 (RM209,650) untuk mengklon seekor anjing.

Masa terbaik untuk mendapatkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) adalah semasa prosedur rutin seperti mengasi atau pembersihan gigi.

Tambah Aston, proses itu boleh juga dilakukan dalam tempoh lima hari selepas kematian haiwan kesayangan itu.

Sampel DNA beku disimpan dalam kemudahan kriostoran ViaGen Pets untuk diproses dan dipelihara.

Apabila pemilik bersedia untuk mengklon haiwan kesayangan mereka,  juruteknik ViaGen akan menggantikan nukleus telur penderma dengan salah satu sel beku pengasas dan menggunakan rawatan yang dipatenkan untuk menghasilkan embrio.

Embrio itu ditanam ke dalam badan pengganti yang akan melahirkan anak kucing atau anjing sebelum diberikan kepada pemilik baharu selepas dipisahkan daripada ibunya.

“Anda akan mendapat 100 peratus kembar genetik,” kata Aston.

Tiada bilangan jumlah pengganti boleh digunakan tetapi Aston berkata ViaGen akan mengehadkan klon yang boleh dihasilkan kepada dua ekor sahaja.

“Ini adalah pasaran yang sangat khusus. Ini bukan untuk orang ramai atas pelbagai sebab termasuk etika dan juga kewangan.

“Apa yang berbeza ialah setiap anjing, kucing dan kuda diminta secara khusus. Setiap pelanggan mempunyai sebab dan cerita yang unik untuk mengklon haiwan kesayangan mereka,” jelas Aston. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI