fbpx

45 peserta solat subuh 40 hari terima hadiah basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kanak-kanak menerima hadiah basikal mereka

MELAKA -Seramai 45 kanak-kanak dan remaja menerima hadiah basikal yang dijanjikan selepas berjaya menyelesaikan cabaran menunaikan solat Subuh secara berjemaah selama 40 hari anjuran Masjid Nur As-Sa’adah, Pengkalan Batu, di sini hari ini.

Program Subuh Istiqamah 40 Hari itu telah berlangsung sejak 9 Februari lalu dan berakhir pada hari ini membabitkan penglibatan anak-anak kariah berusia antara sembilan hingga 16 tahun.

Pengerusi Masjid Nur As-Sa’adah, Datuk Amzah Osman berkata, menerusi penganjuran program tersebut, pihaknya dapat melihat perubahan ketara membabitkan jumlah kehadiran anak-anak kariah.

“Saya juga dapat maklum balas daripada ibu bapa, memberitahu kini setiap hari anak-anak yang akan mengejutkan mereka dari tidur mengajak ke masjid, begitu juga solat fardu lain.

“Semalam kita telah adakan bengkel dan saya lihat jumlah yang hadir juga lebih ramai termasuklah anak-anak ini, jadi saya harap selepas ini pun mereka akan terus bersemangat ke masjid,” katanya.

Tambahnya, pengurusan masjid akan terus menganjurkan program-program yang dapat menarik minat lebih ramai kariah, sekali gus mendorong para jemaah untuk menghayati agama Islam dari semasa ke semasa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI