fbpx

11 rumah rosak dibadai ribut di Pendang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bahagian bumbung rumah yang diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut di Pendang pada petang tadi.

PENDANG – Sekurang-kurangnya 11 buah rumah di mukim Padang Kerbau di daerah ini rosak dalam kejadian ribut pada petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu melibatkan lima rumah di Felda Sungai Tiang dan enam rumah di Kampung Titi Akar.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, kejadian ribut berlaku semasa hujan lebat yang berlaku selama kira-kira dua jam.

“Kesemua rumah mengalami kerosakan di bahagian bumbung akibat diterbangkan angin kencang.

“Selain itu terdapat lima kes kejadian pokok tumbang sehingga menghalang laluan. Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya,  anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) bersama agensi lain serta penduduk kampung melakukan kerja-kerja mengalih dan membersihkan kawasan pokok tumbang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI