fbpx

Sitkom Puteri kembali selepas 15 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA DANISH teruja apabila naskhah yang mempopularkan namanya, Puteri dihidupkan semula.

“So, kita enjoy!”

JIKA anda peminat sitkom Puteri, dialog signatur yang selalu selalu terbit dari bibir pelakon Nora Danish itu pasti masih melekat dalam kepala.

Kini, kerinduan peminat terhadap sitkom tersebut bakal terubat apabila Nora yang memegang watak Puteri mendedahkan drama berkenaan akan menemui penonton menjelang 1 Syawal depan.

Lebih mengujakan, Nora turut memuat naik foto bersama pelakon Beego dan Kanchana Devi.

“Akhirnya kami kembali. #PuteriReunion 2022! Setelah lebih 15 tahun lamanya,” tulisnya.

Foto tersebut mendapat ratusan komen daripada peminat yang tidak sabar untuk menonton sitkom popular tersebut yang kali terakhir disiarkan sekitar 15 tahun lalu.

“Ini betul-betul mengimbau kenangan, memang tak sabar nak tonton cerita ini,” komen seorang netizen teruja.

Menurut Nora, drama berjudul Puteri Reunion tersebut terbitan Padi Pictures dan diarahkan oleh Amor Rizan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI