fbpx

Ratusan jaket kalis peluru untuk Ukraine dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan pejabat UCCA yang terletak di Manhattan, New York. - GOOGLE

NEW YORK – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di New York menyatakan bahawa beratus-ratus jaket kalis peluru miliknya dicuri selepas didermakan oleh pihak polis untuk kegunaan Ukraine dalam menentang pencerobohan Rusia, kata polis dan organisasi tersebut kelmarin.

“Kecurian berlaku di ibu pejabat Jawatankuasa Kongres Ukraine Amerika (UCCA) di mana polis tiba pada Rabu lepas dan mendapati bahawa sebanyak 400 jaket kalis peluru telah hilang.

“Tiada tangkapan dibuat dan siasatan masih berjalan,” kata jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), Leftenan Jessica McRorie.

Seorang jurucakap UCCA pula berkata, sebanyak 300 jaket kalis peluru iaitu jumlah yang lebih kecil daripada dinyatakan oleh polis, hilang dari ibu pejabat pertubuhan itu di Manhattan, New York.

“Kami tidak tahu bagaimana kecurian ini boleh berlaku atau siapa yang melakukannya,” katanya  kepada agensi berita AFP 

Jaket terpakai itu didermakan oleh pasukan polis di Long Island, New York dan sepatutnya dihantar kepada pekerja-pekerja bantuan dengan menggunakan trak ke  seluruh Ukraine.

UCCA menyatakan bahawa pihaknya menyelia berpuluh-puluh kumpulan Ukraine-Amerika di Amerika Syarikat. AS menjadi tempat tinggal antara  1.2 juta hingga 1.5 juta penduduk berketurunan Ukraine.

Sejak pencerobohan Rusia bermula tiga minggu lalu, banyak organisasi AS telah bergerak untuk membantu mengumpulkan dana dan menghantar makanan, pakaian, ubat serta barang ketenteraan tidak membunuh seperti topi keledar dan jaket kalis peluru ke negara Eropah Timur tersebut. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI