fbpx

Orang ramai diminta pantau kenaikan harga di bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

LUMUT – Orang ramai boleh memantau serta melaporkan kenaikan harga barang di bazar Ramadan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Agensi itu mempunyai 72 pusat aduan (ECC) dengan 900 pegawai pemantau harga (PPH) iaitu orang awam berkerja secara kontrak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kumpulan tersebut membantu 2,000 penguat kuasa yang melakukan pemantauan setiap hari.

Alexander.

“Kita memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan, bantulah untuk sama-sama memantau kenaikan harga barangan keperluan.

“Kita memantau harga barang bukan sekadar pada musim perayaan saja dan kita sentiasa di lapangan sepenuh masa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program ReDI di Arena Pekan Pangkor di Pulau Pangkor hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI